Wednesday, May 4, 2011

Musim menanam padi dah tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sapa-sapa yang mengunjugi blog ini. lama sangat rasanya tak tulis blog ni sejak berpindah tempat kerja ni. Dalam seminggu dua ini kawasan kampung aku baru bermula musim penanaman padi. Maka ramailah orang kampung kalut p ke bendang.. Musim kali ni bendang bila dah ambik padi tu maka kita kena la bakaq jerami bagi semua hangus termasuk la padi-padi angin yang begitu banyak tumbuh dalam bendang, selepas bila ayaq dah mula masuk sikit-skit bendang kena putaq dengan trektar dulu. Kalau boleh biaq bagi masam dan reput batang-batang padi tuh.
Proses serakkan padi benih ni sebenaqnya bermula bila pihak MADA menaikkan ayaq ke tali-tali ayaq untuk dipenuhkan di dalam bendang. Ayaq yang dibekalkan oleh pihak MADA ni dibekalkan sekali dengan pakej siput gondang Mas yang nampaknya tidak ada penyelesaian. Air yang dibekalkan ini juga perlu dipastikan dapat dialirkan keluaq apabila tidak diperlukan atau kita takut siput gondang mas makan anak-anak padi tu..
Musim serakkan kali ini aku menggunakan padi benih jenis 219. padi dari varieti 220 kali ni mahal pulak sampai satu guni 20 kg tu berharga RM 130 lebih. tah apasal mahal sangat aku pun tak tau. Sebelum padi ini diserakkan bendang perlu dibalas bajak dengan menggunakan trektar atau kubota bagi bendang yang tak dak banyak sangat rumput. Pastikan air ada di dalam bendang semasa proses ini berlaku. Pada masa ini jugak kita perlu mengemas batas-batas bendang agar rumput-rumput dipotong atau diracun. Sebelum proses tarik badai dilakukan juga ada elok kita meracun siput gondang emas ini dengan racun yang dibekalkan oleh mada atau kita beli sendiri. Bagi aku, racun yang Mada bagi perlu dibubuh awal kerana kalau lewat padi yang kita serakkan akan mati. aku dah terkena musim lepas, teruk nak kena sulam. So pada musim ini kebanyakkan Pak Tani mengguna racun siput dari China yang pek warna putih tu, racun tersebut memang berkesan, kuat dan murah. Tapi dengarnya racun ni diharamkan. Aku pun tak tahu lah pulak pasaipa..
Padi boleh diserakkan dalam bendang yang ada air atau kita keringkan air selapas tarik badai agar lebih puas hati pasai nampak perkembangan padi tersebut tengah tumbuh selepas beberapa hari. Padi yang aku buat baru 4 hari diserakkan, Alhamdulillah.. nampaknya tumbuh banyak. aku dah tabuq didalam ayaq pasai banyak orang cakap nak hilangkan padi angin kena tabuq dalam ayaq, dan aku simpan ayaq tu selama 3 hari, tapi kerana takut padi tak tumbuh maka aku pun keringkan ayaq di dalam bendang tersebut..

No comments:

Post a Comment