Wednesday, May 4, 2011

Musim menanam padi dah tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sapa-sapa yang mengunjugi blog ini. lama sangat rasanya tak tulis blog ni sejak berpindah tempat kerja ni. Dalam seminggu dua ini kawasan kampung aku baru bermula musim penanaman padi. Maka ramailah orang kampung kalut p ke bendang.. Musim kali ni bendang bila dah ambik padi tu maka kita kena la bakaq jerami bagi semua hangus termasuk la padi-padi angin yang begitu banyak tumbuh dalam bendang, selepas bila ayaq dah mula masuk sikit-skit bendang kena putaq dengan trektar dulu. Kalau boleh biaq bagi masam dan reput batang-batang padi tuh.
Proses serakkan padi benih ni sebenaqnya bermula bila pihak MADA menaikkan ayaq ke tali-tali ayaq untuk dipenuhkan di dalam bendang. Ayaq yang dibekalkan oleh pihak MADA ni dibekalkan sekali dengan pakej siput gondang Mas yang nampaknya tidak ada penyelesaian. Air yang dibekalkan ini juga perlu dipastikan dapat dialirkan keluaq apabila tidak diperlukan atau kita takut siput gondang mas makan anak-anak padi tu..
Musim serakkan kali ini aku menggunakan padi benih jenis 219. padi dari varieti 220 kali ni mahal pulak sampai satu guni 20 kg tu berharga RM 130 lebih. tah apasal mahal sangat aku pun tak tau. Sebelum padi ini diserakkan bendang perlu dibalas bajak dengan menggunakan trektar atau kubota bagi bendang yang tak dak banyak sangat rumput. Pastikan air ada di dalam bendang semasa proses ini berlaku. Pada masa ini jugak kita perlu mengemas batas-batas bendang agar rumput-rumput dipotong atau diracun. Sebelum proses tarik badai dilakukan juga ada elok kita meracun siput gondang emas ini dengan racun yang dibekalkan oleh mada atau kita beli sendiri. Bagi aku, racun yang Mada bagi perlu dibubuh awal kerana kalau lewat padi yang kita serakkan akan mati. aku dah terkena musim lepas, teruk nak kena sulam. So pada musim ini kebanyakkan Pak Tani mengguna racun siput dari China yang pek warna putih tu, racun tersebut memang berkesan, kuat dan murah. Tapi dengarnya racun ni diharamkan. Aku pun tak tahu lah pulak pasaipa..
Padi boleh diserakkan dalam bendang yang ada air atau kita keringkan air selapas tarik badai agar lebih puas hati pasai nampak perkembangan padi tersebut tengah tumbuh selepas beberapa hari. Padi yang aku buat baru 4 hari diserakkan, Alhamdulillah.. nampaknya tumbuh banyak. aku dah tabuq didalam ayaq pasai banyak orang cakap nak hilangkan padi angin kena tabuq dalam ayaq, dan aku simpan ayaq tu selama 3 hari, tapi kerana takut padi tak tumbuh maka aku pun keringkan ayaq di dalam bendang tersebut..

Thursday, November 19, 2009



Selamat bercuti kawan-kawan semua yang jadi cikgu.. masa ni lah kita boleh melancong dan melakukan aktiviti yang korang suka.. dan cuti sekolah ni lah banyak pulak jemputan kenduri kahwin.. kepada yang nak kahwin tu diucapkan selamat pengantin baru...
aku pulak masa cuti ni lah nak tambah aksesori rumah yang baru buat kat kampung.. cadang tu nak buat wiring rumah sendiri.. harap-harap boleh pakai lah nanti. harap abang aku nanti lah yang akan bagi tunjuk ajar. pastu nak pasang tile sendiri.. lagi.. kena belajar lagi.. harap-harap berjaya lah nanti.. ada apa-apa lagi nanti kan ku update nanti.. k

Monday, October 12, 2009

Tuesday, October 6, 2009

Projek cantuman baji pokok durian ahli Pelapis Tani

Hari ini, Pegawai Pertanian Daerah Sik telah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli pelapis tani SMK Chepir untuk membuat amali cantuman baji. En. Shaari selaku penasihat pertanian pelapis tani SMK Chepir bersama En. Zakaria dan En. Hisyam telah menunjukkan bagaimana proses cantuman baji kepada ahli-ahli Pelapis Tani.
Antara klon-klon yang telah diberi kepada pelajar ialah Klon MURD, Klon Pengkalan Setar, Klon Jantung dan Klon montong. Pelajar-pelajar juga telah membawa anak-anak pokok durian yang berumur diantara 40 hingga 100 hari untuk dibuat cantuman baji. Peralatan yang digunakan ialah,
1. pisau yang tajam
2. pita parafilem
3. tali
4. plastik lutsinar
5. pokok penanti
6. Sion

kaedah membuat cantuman baji adalah seperti berikut
1. Ambil pokok penanti dan potong 1 inci dari pangkal pokok dan potong 'v'.
2. Ambil sion sedan ukur lebih kurang 6 inci dan potong runcing pada bahagian bawah.
3. Dengan segera masukkan sion yang telah dipotong runcing tadi kedalam bahagian v yang telah dipotong runcing.
4. Dengan menggunakan parafilem, balut bahagian yang telah dibuat cantuman tadi dengan kemas dan pastikan ianya tidak dimasuki air.
5. Tanam pokok tadi kedalam polibeg, sekiranya akar pokok terlalu panjang potongkan sedikit akar tunjang pokok tersebut. pastikan pokok disiram secukupnya.

6. Ambil plastik lutsinar dan dan basahkan dengan air dan tudung pokok yang telah dibuat cantuman baji dan ikat pada bahagian bawah pokok tersebut. letakkan pokok tersebut bawah tempat yang teduh sekurangnya 80% teduhan selama sebulan.

perhatikan pertumbuhan pokok tersebut, dalam masa sebulan pucuk akan tumbuh dan seterusnya bolehlah ditanam di ladang.


Contoh cantuman mata tunas.

Monday, October 5, 2009

Pepepriksaan PMR akan bermula..

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR akan datang diucapkan selamat berjaya.. Semoga pelajar sekolah SMK Chepir akan meningkatkan lagi peratus kelulusan pada tahun ini..

Thursday, October 1, 2009


Gambar guru SMK Chepir 2009

gambar ni guna kamera cikgu ridzuan, dslr nikon d80, gambar yang belum diedit.. bagaimana dengan kualitinya.. cantik tak.? cikgu ridzuan juga menerima tempahan untuk mengambil gambar kahwin.. untung jugak ada kamera Dslr ni. boleh jugak buat part time.. biasala gaji government ni tak la banyak sangat..

laman untuk kita berkongsi pendapat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat datang ke laman blog ini yang tak seberapa. seronok juga dapat membuat blog sendiri ini. line internet yang agak slow kadang-kadang membuatkan kita rasa bosan, dikesempatan mendapat line yang ok nih boleh la saya dapat berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian harap-harapnya...