Serba sedikit tentang pertanian dari pengalaman sebenar aku dalam melakukan kerja-kerja di lapangan
Monday, October 12, 2009
Tuesday, October 6, 2009
Projek cantuman baji pokok durian ahli Pelapis Tani
1. pisau yang tajam
2. pita parafilem
3. tali
4. plastik lutsinar
5. pokok penanti
6. Sion
kaedah membuat cantuman baji adalah seperti berikut
1. Ambil pokok penanti dan potong 1 inci dari pangkal pokok dan potong 'v'.
2. Ambil sion sedan ukur lebih kurang 6 inci dan potong runcing pada bahagian bawah.
3. Dengan segera masukkan sion yang telah dipotong runcing tadi kedalam bahagian v yang telah dipotong runcing.
4. Dengan menggunakan parafilem, balut bahagian yang telah dibuat cantuman tadi dengan kemas dan pastikan ianya tidak dimasuki air.
5. Tanam pokok tadi kedalam polibeg, sekiranya akar pokok terlalu panjang potongkan sedikit akar tunjang pokok tersebut. pastikan pokok disiram secukupnya.
6. Ambil plastik lutsinar dan dan basahkan dengan air dan tudung pokok yang telah dibuat cantuman baji dan ikat pada bahagian bawah pokok tersebut. letakkan pokok tersebut bawah tempat yang teduh sekurangnya 80% teduhan selama sebulan.
perhatikan pertumbuhan pokok tersebut, dalam masa sebulan pucuk akan tumbuh dan seterusnya bolehlah ditanam di ladang.
Contoh cantuman mata tunas.
Monday, October 5, 2009
Pepepriksaan PMR akan bermula..
Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR akan datang diucapkan selamat berjaya.. Semoga pelajar sekolah SMK Chepir akan meningkatkan lagi peratus kelulusan pada tahun ini..
Thursday, October 1, 2009
Gambar guru SMK Chepir 2009
gambar ni guna kamera cikgu ridzuan, dslr nikon d80, gambar yang belum diedit.. bagaimana dengan kualitinya.. cantik tak.? cikgu ridzuan juga menerima tempahan untuk mengambil gambar kahwin.. untung jugak ada kamera Dslr ni. boleh jugak buat part time.. biasala gaji government ni tak la banyak sangat..
laman untuk kita berkongsi pendapat
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat datang ke laman blog ini yang tak seberapa. seronok juga dapat membuat blog sendiri ini. line internet yang agak slow kadang-kadang membuatkan kita rasa bosan, dikesempatan mendapat line yang ok nih boleh la saya dapat berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian harap-harapnya...
Selamat datang ke laman blog ini yang tak seberapa. seronok juga dapat membuat blog sendiri ini. line internet yang agak slow kadang-kadang membuatkan kita rasa bosan, dikesempatan mendapat line yang ok nih boleh la saya dapat berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian harap-harapnya...
Subscribe to:
Comments (Atom)