
Hari ini, Pegawai Pertanian Daerah Sik telah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli pelapis tani SMK Chepir untuk membuat amali cantuman baji. En. Shaari selaku penasihat pertanian pelapis tani SMK Chepir bersama En. Zakaria dan En. Hisyam telah menunjukkan bagaimana proses cantuman baji kepada ahli-ahli Pelapis Tani.

Antara klon-klon yang telah diberi kepada pelajar ialah Klon MURD, Klon Pengkalan Setar, Klon Jantung dan Klon montong. Pelajar-pelajar juga telah membawa anak-anak pokok durian yang berumur diantara 40 hingga 100 hari untuk dibuat cantuman baji. Peralatan yang digunakan ialah,
1. pisau yang tajam
2. pita parafilem
3. tali
4. plastik lutsinar
5. pokok penanti
6. Sion

kaedah membuat cantuman baji adalah seperti berikut
1. Ambil pokok penanti dan potong 1 inci dari pangkal pokok dan potong 'v'.
2. Ambil sion sedan ukur lebih kurang 6 inci dan potong runcing pada bahagian bawah.
3. Dengan segera masukkan sion yang telah dipotong runcing tadi kedalam bahagian v yang telah dipotong runcing.
4. Dengan menggunakan parafilem, balut bahagian yang telah dibuat cantuman tadi dengan kemas dan pastikan ianya tidak dimasuki air.
5. Tanam pokok tadi kedalam polibeg, sekiranya akar pokok terlalu panjang potongkan sedikit akar tunjang pokok tersebut. pastikan pokok disiram secukupnya.

6. Ambil plastik lutsinar dan dan basahkan dengan air dan tudung pokok yang telah dibuat cantuman baji dan ikat pada bahagian bawah pokok tersebut. letakkan pokok tersebut bawah tempat yang teduh sekurangnya 80% teduhan selama sebulan.
perhatikan pertumbuhan pokok tersebut, dalam masa sebulan pucuk akan tumbuh dan seterusnya bolehlah ditanam di ladang.

Contoh cantuman mata tunas.